Ahlan wa sahlan



Navigation

Biography / Friend / Post


Message Box



Syukran

Template by Nur Hazwani. Images from We♥it. Background by Faqihah Husni. Based Code Nananorazri.

DON'T REMOVE THIS SECTION.

image


Mak dan Ayah tersayang
Inilah wajah-wajah kesayangan yang sentiasa ingatan.
Mak dan ayah,insan yang tidak akan ada gantinya.

 -DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.

Ayah....mak ampunilah dosa-dosa anakmu ini
Sesungguhnya restumu restu Allah jua.

Kabin Kasih

Alhamdulillah,akhirnya siap sudah !!!Wajah baru,nama baru,semua baru.Semangat untuk menulis mula membuak-buak.Terima kasih banyak-banyak sayang mama (nana norazri) untuk semua ini. Alhamdulillah ,pandai anak mama ya.Lepas ni dh tak payah susah-susah tulis diari lagi, semua di blog.

Kabin Kasih.

Nama terpilih ,lahir dari kerinduan yang tidak terbatas.Moga-moga semuanya akan terpahat di sini bersama kasih sayang yang melimpah.Syukur kehadrat ilahi atas pinjaman yang tidak ternilai ini,biarpun sementera namun semuanya cukup indah untuk di kenang.